Jumat, 15 Februari 2013

Salam perkenalan dari Malaysia buat para Andreanis

Saya mungkin adalah yang paling lambat mengenal Laskar Pelangi di sini kerana hanya mengenal LP pada hujung tahun 2011. Itupun secara kebetulan setelah terlihat filem Sang Pemimpi di TV.
Dari filem SP, lalu saya mengenal filem LP dan seterusnya novel2 karya Pak Andrea.
Mula membaca novel LP pada 02-01-2012 dan tamat membaca keseluruhan koleksi Andrea Hirata dalam tahun 2012.
Demi kegilaan saya ini, saya telah memutuskan untuk berlibur di Belitung, dan pada hari pertama 2013 (01-01-2013), saya telah menjejakkan kaki di Negeri Laskar Pelangi dan alhamdulillah dapat bertemu Pak Andrea Hirata ! Suatu kenangan yang takkan dapat saya lupakan.

Glad to share our interest here. Nice to meet u guys! :)

 Oleh: Marina Mahat

1 komentar: